...selamat datang...terima kasih kerana melawat blog ini..hehehe..

novel2 kesukaan saya

Rabu, 19 Januari 2011

~~mengenal diri melalui bulan Islam~~




Muharram


Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh  jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.



Safar

Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.


Rabiul Awal

Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi

orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang

suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan

mudah marah.



Rabiul Akhir

Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya

lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya.

Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh

kesukaran dalam mendidiknya.




Jamadil Awal

Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad,

kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu,

keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui

kegagalan juga.



Jamadil Akhir

Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada

padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah

mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak

mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik

agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul

didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.



Rejab

Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya

dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah

dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu.

Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun

hidupnya selamat dan sentosa.



Sya’aban

Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus.

Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan.

Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa

dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat

rezeki.



Ramadhan

Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman

yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu

selamat.



Syawal 

Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh

orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah

mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika

tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia

selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.



Zulkaedah

Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi

buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan

mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak

berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya

bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang

memuaskan.



Zulhijjah

Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia

sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal

perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebalikknya. 0leh kerana

dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan

baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati

dan kurang pertimbangan.


1 ulasan:

  1. sesape yg lahir bln safar, rabiul akhir, syawal dan zulhijjah harap bersabo ye....

    BalasPadam